Followers

Tuesday 31 May 2011

Penangan Bakso Tennis

Sapa yang pernah makan mesti cakap bakso ni sedap.  Bakso Mas Joko... Kalau letak lada, gerenti meletop.  Aku sebenarnya nak ambil gambar upload dkt sini tapi xda can langsung sbb sampai jak rumah terus bantai bakso tue.  Jadi sesiapa yang nak tengok rupanya, lain kali sajala.  Bagi yang ingin mencuba, korang pegi jak Takada, Batu 1, Jalan Apas, Tawau.... Nyum3x...

Tadi masa dialisis kitorang semua kepanasan.  Ni gara2 aircond mati.  Apalagi, berebut kipasla jawabnya.  Kalau yg paham penderitaan orang lain tu xpala. Tp klu yg x paham, buat selamba badak jak.  Geram pun ada jugak.  Nasib baik aku dapat bertahan sehingga ke jam yg terakhir.  Fuh!

Monday 30 May 2011

Ada petua supaya aku laju ke tandas??

Hari ini aku bersemangat nak dapatkan gambar cucuku yg tgh dimandikan tetapi ditegah.  Korang mo tau kenapa? Sebabnya, adat kami sebagai orang bugis melarang keras.  Alasannya, hanya orang mati yg dimandikan sahaja diambil gambarnya.  Sedih jugak sbb x dapat upload ke sini. Kalau x, korang boleh tengok cara lama kaum bugis memandikan baby...
Sebenarnya, aku dah beberapa hari x buat lawatan ke tandas.  Perut da mula sakit-sakit. Aku x mo makan sebarang ubat sbb nanti ada side effect.  Mudah2an benda ni x berlarutan...
Atuk dan makcik aku baru sampai dari Samarinda.  Korang tau x Samarinda tu dimana? Indonesia la... Ala lagu kain Samarinda tu... Kain tenunan Samarinda memang terkenal dengan ketinggian kualiti. Aku ada jugak beberapa helai, hadiah dari Arwah nenek aku yg merupakan seorang penenun kain.  Mahal woo klu jual dkt sini. Dalam RM100++.....
Sebelah malam, aku pegi rumah saudara sambut birthday dkt tanjung batu. Makan lagi~! Perut penuh tapi xnak kluar, senak!

Sunday 29 May 2011

catatan harian

29 Mei 2011 - Ahad
Semalam lepas dialisis, orang rumah buat kenduri doa selamat untuk baby yg baru lahir skaligus sambut birthday Atiqah Batrisyia yang ke-3.  Meriah... Makanan pun sedap2... Kerana aku makan banyak yg bersantan, pening jadinya.  Terduduk aku dkt almari kerana rasa pitam...
Pengajaran: Jangan makan yang bersantan...

Dalam pening2 lalat, sempat lagi pi Giant tuk beli sedikit barang keperluan... Nasib baik ada anak buah temankan... Takut jugak klu tetiba pitam atau rasa x sedap badan... Alhamdulillah, xda yg buruk terjadi.

Friday 27 May 2011

Kehadiran cucuku yang baru saja dilahirkan.  Parentnya belum tau lagi nama apa mo letak tapi yang pasti, cucuku ini cute.  InsyAllah nama yang diberi akan menjadi satu doa yang akan memuliakan cucuku... Nama itu kan doa sbb disebut setiap kali kita memanggilnya....  
Rabbi hablin minas solihin...





Baby girl... Cute bukan~? hihihi... Lahir pada 24 Mei 2011....