Followers

Friday, 22 July 2011

Masa aku buat post nie, perut aku tgh sakit. Sakit seperti dicucuk2... Mo kata masanya da datang, bukan.  Tapi sakitnya lain mcm.  Mo makan ubat aku malas... Yala, semenjak aku sakit ni aku da tau mcm2 pasal ubat. Kesan sampingan yg aku takut....So, skarang nie, aku cuma tahan sakit ni sambil2 main laptop.  Mencuba untuk melupakan sakit yg kejap timbul, kejap tenggelam.... HUhuhuhu~! Aku tgok video klip lagu2 dkt youtube dan aku jumpa video kllip di bawah.  Walaupun gambar x terang, tapi inilah 1st time aku dgr penyanyi lain bawa lagu ni sedap betul (selain daripada penyanyi asal). Suara lelaki sebenar klu aku mo klasifikasikan..... Syed Azmir - Kau Pergi Jua....



Tuesday, 19 July 2011

lamanya~!

Lama jugak aku tak letak sebarang post... Entahla, mungkin aku dilanda kesibukan. Rasanya tidakla sesibuk manapun. Alasan semata-mata. Bila aku fikir2 balik, rasanya mungkin sbb aku ingin xnak merasa bosan membuat post baru jadik aku pun bagi masa untuk diriku.  Banyak yg ingin aku ceritakan tetapi tangan ini seolah2 malas untuk menari di atas keyboard.  Argh~! Bingung... Sebenarnya sudah beberapa hari aku rasa tidak menentu. Something is missing tapi aku xtahu apa dia. Tertekan jugak rasanya ttp aku tidak punya sebarang klu mgenai apa yg membelenggu aku.

4 jam dialisis aku habiskan dgn mendengar lagu.  Aku tidak byk bercakap dgn staff dan pesakit di sana sptmana aku biasanya. Berat rasa dada ini, seolah2 dihimpit oleh sesuatu ttp apa dia? Mahu saja aku berteriak ttp aku tahan. Aduh~!

Pengubat keresahanku - Sami Yusuf - Healing...

Sunday, 10 July 2011

drama korea....

Drama korea lagi~! Mesti tulah yg korang akan fikir pasal aku. Tapi mo buat mcm mana lagi sbb tu yg aku minat.  Bercerita ttg drama korea ni, dlm 2 hari ni aku sibuk nonton Pasta. Best jugakla walaupun sesetgh org x suka sbb pelakon dia xla sehensem dan secantik yg biasa kita tgok. Tapi aku suka idea penerbit dan pengarah sbb kadang2 kita kena sedar realiti tidak seindah fantasi.  Orang yg tidak jatuh dalam kategori cantik dan hensem pun layak utk hidup, bercinta dan menikmati dunia. Korang tgokla la Pasta, mmg best terutama sekali korang yg suka makan makanan Itali. Aku bagi 4 bintang....

Aku ada ceritakan ari tue, aku sibuk buat blog tuk kek lapis. Mesti korang tertanya2, bila masa plak aku ada masa tgok cerita korea. Ala, aku donlod la masa aku sibuk buat blog. Da abis, aku nonton jap.  Klu sudah, sambung keja lagi. Begitula keja aku.....

Friday, 8 July 2011

Kesibukan Melanda....

Sorila, suda berapa hari aku x post apapa pada blog nie. Aku sibuk sikit buat blog baru tuk kek lapis. xdalah canggih tapi cukup utk hadiah kepada mata yg melihat. Orang kata sedap dipandang.... Aku buat keputusan tuk buat blog baru sbb yg lama da x berapa best. Lagipun ni khas tuk raya, jadi kenala lain sikit. InsyAllah akan launching dalam beberapa hari ini.  Aku x mo jugak semuanya perfect kerana klu perfect tiadalah improvement.  Btul kan?

Sambil2 buat blog aku sempat jugak tgok drama korea di One HD, astro. Setiap hari rabu dan khamis, jam 9.10malam. Tajuknya Lie To Me. Boleh jak nonton online tapi dek kerana sibuk guna tuk blogger, bagus aku tgok tv.  Lagipun xda org kacau masa tue.  Bapak aku punya timing tuk tgok tv ialah masa berita jam 8malam. Abang aku pulak suda tau klu jam 9 lebih tu mmg masa aku nonton. Best critanya, lagipun aku minat dgn pelakon wanitanya, Yoon Eun Hye. Aku mula minat dia sbb lakonannya dalam 1st Shop of Coffee Prince. Mmg mantap dan dlm Lie To Me pun sama.  Dia pelakon yg serba boleh sbb dia boleh wujudkan pelbagai emosi dalam masa yg sama....Nonton jgn x nonton....

Sunday, 3 July 2011

Transformer : Dark of the Moon.... Fuh! Memang best tapi aku ttp suka yg sebelum ini. Yang ini dari segi teknik dan kesan khas mmg mantap.  Jalan ceritanya sedikit panjang, buat kita boring pada awal cerita. Watak2 baru yg muncul spt Sentinel yg berpaling tadah menjadikan aku x senang duduk pada suku kedua jln cerita. Mataku disajikan dgn byk adegan stunt oleh sam dan gfnya. Paling best masa dorang dlm bangunan yg dikunyah dan mengelongsor. Mmg tersentap tgok aksi dorang. Apapun, korang kena tgok sendiri tuk rasala. Aku bagi 4 1/2 bintang sbb aku da bagi 5 bintang utk yg lepas.

 Sentinel Prime. . .

Friday, 1 July 2011

Perhimpunan Haram...

Perhimpunan secara haram? Berbaloi atau tidak? Itu yg patut difikirkan oleh penganjur perhimpunan ini. Adakah dgn berhimpun begitu akan mencapai objektif yg diinginkan? Apakah tidak wujud jalan lain? Maafla pembaca, aku ini bukannya pro kerajaan atau pembangkang.  Aku senang berdiri atas prinsip2 aku sendiri.  Kalau pada hematku apa yg dilakukan oleh kerajaan adalah baik, aku sokong.  Begitu juga jika pembangkang mencadangkan sesuatu yg bernas, aku akan sokong.  Tetapi di dalam hal perhimpunan haram ini, aku tidak akan menyokong mana2 pihak pun utk melakukannya. Mana tidaknya, hampir setiap perhimpunan sebegitu akan berakhir dgn tragedi. Kemusnahan harta benda dan kadang2 nyawa. Aku cukup bengang dgn pihak yg cuba menjadi api dalam sekam.  Mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Oleh itu, aku menyeru sahabat2 ku supaya jgnla melibatkan diri dgn benda2 begini.  Negara kita masih punya byk saluran utk menyatakan ketidakpuasan. Dari sudut media, penyerahan memorandum dan byk lagi. Tidak lupa di internet, di facebook dan laman2 blog. Tetapi jgn la pulak meyebarkan khabar angin yg tidak tentu hala. Kepada pemabca, jgn pulak percaya apa yg diceritakan bulat2. Minta bukti dan timbangkan dgn akal yg waras, bukan dgn hati yg tandus ilmu. Kekadang kita melihat kepada si penyampai, bukan apa yg ingin disampaikan.  Hmm... Serius pulak mlm ni bila cerita pasal politik. Yala, kita kena juga tahu perkembangan semasa dlm negara sendiri, jgn sampai ketinggalan mcm katak dalam tempurung.

Sudahla tu pasal politik, cerita pasal benda lain pulak. Oya, hari ini aku cuba lagi buat brownies tu guna resepi yg sama. Jeng3x... Aku berjaya. Kue aku x berhambur mcm yg lepas... Alhamdulillah... Pengkritik makanan aku, x lain x bukan org rumah kata sedap cuma kacang almod x berapa dirasa mungkin sbb aku kisar terlalu halus.  Sepatutnya dipotong kecil. Tapi bau mmg x sama spt mggunakan walnut.  Bau lebih wangi klu guna walnut.

Tu dia, brownies coklat buatan Maryati Muhammad.  Masa aku ambil gambar nie, satu keping da ilang. Akula yg makan. Aku pun mo test kue buatan aku sendiri.  hihihihi... Ada peningkatan...


Beberapa hari ni, aku asyik mkn coklat. Kena control nie.  Tetapi bagi yg sihat, korang bolehla makan tapi jgn melebih pulak.  Ada yg kena heart attack masa muda baru tau.  Tapikan, orang putih suka coklat sbb dia kata coklat ni satu bahan afrosidiak. Senang cerita, penaik nafsu.  Hihihi.... klu yg suda kawin bantai makan coklat, korang paham2 jakla ya.  Jgn pulak kamu yg suda tahu p gatal bertanya yg bukan2... Btul atau tidak, korang testla...