Followers

KARYA

Page ni aku sediakan untuk karya-karya hasil nukilanku atau yg menarik minatku...
Sharing is not a crime...

30 Mei 2011
Ini adalah karya penulisanku yang pertama.  Sudah beberapa bulan aku paste dkt fb tapi aku paste semula di sini.  Saja ingin berkongsi.  Apapun korang boleh komen...

MIMPI MERASAKAN CINTA SEORANG LELAKI
Semalam aku bermimpi tinggal di sebuah rumah yang cukup indah. Bukan rumah tetapi banglo kerana saiznya yang besar dan isi dalamnya yang cukup mewah. Aku seperti dapat melihat diriku tinggal di dalam banglo itu bersama seorang lelaki dan anaknya yang juga seorang lelaki berumur sekitar 9 atau 10 tahun. Di situ  aku dilayan seperti seorang madam besar, semua kemahuanku dituruti.
   Beberapa minit sebelum aku terjaga, suasana di dalam mimpiku cukup berbeza. Udaranya membangkitkan mood romantik. Diriku seperti terawang-awang dan kulihat lelaki itu berdiri di tepi kananku. Tangannya merangkul diriku, mencuba untuk merapatkan tubuh kami. Aku menolaknya. aku tidak mahu. Dia merajuk dan berjalan meninggalkan aku.
   Die sempat menoleh kepadaku. Ku berikan isyarat kepadanya untuk datang kepadaku dan mencium pipi ini. Pantas saja dia bergerak dan menciumku tetapi bukan di tempat yang aku mahu. Bukan di pipi tetapi di tepi bibir. Aku terdiam. Terkesima. Tidak menyangka akan tindakannya. Dia melangkah untuk pergi.
   Beberapa langkah, dia menoleh lagi. Kali ini, aku yang berlari-lari anak mendapatkannya. Terus saja kurapatkan tubuhku dengan tubuhnya. Kemudian, pipi kami saling bersentuh. Bibir kuletakkan hampir di cuping telinganya. Ku bisikkan kata keramat yang tidak mudah terpacul dari mulut ini kepada mana-mana lelaki. I LOVE YOU. Aku ucapkannya dengan penuh rasa keikhlasan mencintai lelaki itu. Aku turut menepuk belakangnya 3 kali dengan lembut dan terus saja meninggalkan dia yang masih terperanjat.
   Aku terus masuk ke bilik yang berdekatan. Dia mengikutiku tetapi terhalang oleh sesuatu di jalan masuk ke bilik itu. Ketika aku cuba mendapatkan dia, aku terjaga mendengar bunyi deruman kereta di ingkat bawah rumah aku. 'Aduh! Kacau betullah!' bentakku. Namun, ku amati semula mimpiku itu. Mimpi yang cukup indah. Mungkin hanya sekadar satu mainan tidur, seperti kata orang-orang tua. Tetapi yang aku pelik, sepanjang mimpiku itu, aku tidak dapat melihat wajahnya. Siapakah dia?