Followers

RESEPI

Ini antara salah satu my fav masa lapang... Memasak... Dekat sini aku akan tunjukkan resepi2 terbaru yang aku dapat ataupun ciptaanku sendiri... Aku juga akan selitkan beberapa resepi kaum aku iaitu kaum bugis... MO tau sedap atau tidak, korang mesti cubala....

Brownies Coklat
2 1/2 sudu besar marjerin yang telah dicairkan
1/2 cawan gula
1 biji telur
1/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu besar kacang walnut yang telah dipotong2 kecil
1/2 cawan tepung

Pertama, gaulkan marjerin dan gula. Beberapa minit masukkan telur dan gaul sehingga sebati. Masukkan tepung koko, kacang walnut dan tepung. Adunan da siap, masukkan dalam loyang tetapi jangan tebal. Dalam 2-3 cm. Lagi satu, loyang jgn lupa digriskan dgn marjerin dan sedikit tepung.  Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20-25 minit.

* Kalau korang tgok post, kue ni aku bikin x jadik.  Aku rasa aku silap sbb aku terbalikkan brownies tu terlalu awal selepas keluar dari oven.  Mungkin sbb ianya masih panas menyebabkan ianya terpisah. Apapun, korang cuba jak. Manatau jadik...


Sup ketam

1 sup bunjut
kayu manis (tidak perlu banyak)
sebiji bunga lawang 
sebiji buah pelaga
sedikit lada putih
sebiji bawang besar
3 biji bawang putih
sedikit halia
10 batang isi ketam yang telah diproses (potong senget)
1 tin jagung hancur
1 mangkuk sayur campur (kacang pea, carrot)
1 liter air
2 biji telur
sedikit tepung jagung
sedikit minyak untuk menumis
garam untuk perasa


Pertama, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah ratus.  Bila naik bau masukkan sayur campur.  tumiskan seketika. Masukkan sup bunjut, air, jagung, ketam.  Biarkan sehingga betul-betul mendidih.
Pukul telur dan masukkan sedikt demi sedikit sambil dikacau. Ini membuatkan telur tidak bergumpal.  Pastu masak lagi untuk beberapa minit. Jika kuah sudah pekat, anda tidak perlu masukkan bancuhan tepung jagung.  Tetapi klu anda mahu ianya lebih pekat, masukkan bancuhan 1 sudu tepung jagung.Tambah garam dan rasa. 


* x sampai stengah jam boleh siap janji bahan semua ada...





Sambal Daun Cemangi

Bahan2

3 tangkai daun cemangi (ada juga yg panggil daun kemangi)
10 biji lada kecil (mo pedas lagi boleh tambah)
3 biji lada merah atau hijau (digoreng)
3 biji buah keras (digoreng)(boleh diganti dengan kcg tanah yg suda digoreng)
3 biji tomato (digoreng)
1 biji limau kasturi atau sebelah limau nipis
Belacan secukupnya
Garam secukup rasa 


Cara2
Tumbuk lada kecil dan garam supaya bijinya mudah hancur.  Lepas tu masukkan belacan. Tumbuk lagi dan masukkan pula buah keras. Jangan terlalu halus.
Giliran lada besar pulak ditumbuk dan selepas itu masukkan daun cemangi. Pastikan mesra semuanya barulah dimasukkan tomato. Gaul rata dan perahkan limau.  Cuba rasa, klu perlukan garam tambahlah...


*Senang kan! Apa lagi korang boleh cuba hari ini...




No comments:

Post a Comment