Perhimpunan secara haram? Berbaloi atau tidak? Itu yg patut difikirkan oleh penganjur perhimpunan ini. Adakah dgn berhimpun begitu akan mencapai objektif yg diinginkan? Apakah tidak wujud jalan lain? Maafla pembaca, aku ini bukannya pro kerajaan atau pembangkang. Aku senang berdiri atas prinsip2 aku sendiri. Kalau pada hematku apa yg dilakukan oleh kerajaan adalah baik, aku sokong. Begitu juga jika pembangkang mencadangkan sesuatu yg bernas, aku akan sokong. Tetapi di dalam hal perhimpunan haram ini, aku tidak akan menyokong mana2 pihak pun utk melakukannya. Mana tidaknya, hampir setiap perhimpunan sebegitu akan berakhir dgn tragedi. Kemusnahan harta benda dan kadang2 nyawa. Aku cukup bengang dgn pihak yg cuba menjadi api dalam sekam. Mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Oleh itu, aku menyeru sahabat2 ku supaya jgnla melibatkan diri dgn benda2 begini. Negara kita masih punya byk saluran utk menyatakan ketidakpuasan. Dari sudut media, penyerahan memorandum dan byk lagi. Tidak lupa di internet, di facebook dan laman2 blog. Tetapi jgn la pulak meyebarkan khabar angin yg tidak tentu hala. Kepada pemabca, jgn pulak percaya apa yg diceritakan bulat2. Minta bukti dan timbangkan dgn akal yg waras, bukan dgn hati yg tandus ilmu. Kekadang kita melihat kepada si penyampai, bukan apa yg ingin disampaikan. Hmm... Serius pulak mlm ni bila cerita pasal politik. Yala, kita kena juga tahu perkembangan semasa dlm negara sendiri, jgn sampai ketinggalan mcm katak dalam tempurung.
Sudahla tu pasal politik, cerita pasal benda lain pulak. Oya, hari ini aku cuba lagi buat brownies tu guna resepi yg sama. Jeng3x... Aku berjaya. Kue aku x berhambur mcm yg lepas... Alhamdulillah... Pengkritik makanan aku, x lain x bukan org rumah kata sedap cuma kacang almod x berapa dirasa mungkin sbb aku kisar terlalu halus. Sepatutnya dipotong kecil. Tapi bau mmg x sama spt mggunakan walnut. Bau lebih wangi klu guna walnut.
Tu dia, brownies coklat buatan Maryati Muhammad. Masa aku ambil gambar nie, satu keping da ilang. Akula yg makan. Aku pun mo test kue buatan aku sendiri. hihihihi... Ada peningkatan...
Beberapa hari ni, aku asyik mkn coklat. Kena control nie. Tetapi bagi yg sihat, korang bolehla makan tapi jgn melebih pulak. Ada yg kena heart attack masa muda baru tau. Tapikan, orang putih suka coklat sbb dia kata coklat ni satu bahan afrosidiak. Senang cerita, penaik nafsu. Hihihi.... klu yg suda kawin bantai makan coklat, korang paham2 jakla ya. Jgn pulak kamu yg suda tahu p gatal bertanya yg bukan2... Btul atau tidak, korang testla...
Perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah.. hairan dengan manusia sekarang...
ReplyDelete