Followers

INFO DIALISIS

Di sini, aku akan berikan beberapa informasi mengenai hemodialisis dan kesihatan.

1 - Tekanan darah yang normal ialah 120/80.  Jika tekanan di bawah 100/60, ianya dikira sbg tekanan yg rendah.  Jika melebihi 140/100, maka ianya dikira tinggi.  Bagi yg ada simptom selalu sakit kepala dan sakit di bahagian tengkuk, korang pegila periksa dkt hospital. Klu lebih cepat dikesan lebih baik kerana ianya boleh mengakibatkan strok dan kematian jika dibiarkan begitu sahaja.


Jangan plak korang terkejut tgok gambar aku tgh dialisis kerana ini adalah cara hidupku sehingga mati. 3 kali seminggu dan 4 jam setiap sesi...  Tulah mesin hemodialisis yang berfungsi untuk ekstrak air dan toksik keluar dari badan kerana buah pinggang sudah tidak berfungsi 100%.  Inilah penyambung nyawa bagi mereka yang menderita penyakit ini termasuk aku... Nanti aku cerita lagi lebih ttg penyakit buah pinggang...

Heart beat atau degupan jantung yg normal ialah 60-80 satu minit.  Korang boleh jak kira, tgok jam. Bagi yg sihat, rate korang akan jatuh dalam kumpulan tadi.  Kalau tinggi sikit, bererti korang ada masalah kesihatan.  Tapi kadang2 kadarnya meningkat bila korang takut, panik ataupun baru jak abis jogging.  Degupan jantungku pernah mencecah sehingga 130, masa tu aku terlantar jak atas katil. Pegi hospital cek ECG semua ok. Bagi ubat dan balik rumah tapi berulang lagi. Paling tinggi kalau lepas dialisis. Takut jugak aku... Tapi bila Dr. Wong kasi ubat Metoprolol Tartrate, alhamdulillah dah kurang.  Cuma kadang2 mencecah 100 denyutan dlm 1 minit. Bolehla daripada teruk sangat....

No comments:

Post a Comment