Followers

DIRI INI~

Namaku Maryati Muhammad.  Nama gelaran MAR atau YATI. Tapi di rumah atau di kalangan ahli keluarga, aku dipanggil dengan panggilan manja LEBBAK. Panggilan itu bermaksud lebar di dalam bahasa bugis.  Al-kisah kelahiranku yang berbadan lebar menyebabkan aku dapat nama tue.
Hidup selama 3 dekad di atas muka bumi ini membuatkan aku matang dalam sesetengah hal. Akan tetapi, kebudak-budakanku tetap terserlah. Mungkin kerana aku anak yang bongsu dari 5 beradik yang berkongsi ibu yang sama.
Masa-masa yang paling best dalam hidupku ialah semasa belajar. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, masuk kolej dan akhirnya universiti, semuanya best.  Ada juga kenangan pahit tetapi itu adalah sesuatu yang perlu untuk menwarnai hidupku. 
Bercinta? Pasti aku bohong kalau aku katakan aku tidak pernah merasainya.  Cinta monyet aku yang pertama ialah semasa aku di darjah empat. Ala, yang tu suka-suka saja.  Sehingga kini, hanya seorang yang aku sayang. Siapa dia? Rahsiala...
Cukup dengan cerita bahagia. Sekarang untuk cerita sedih dalam garis kehidupanku.  Sebaik saja habis konvo, aku kembali ke Tawau, daerah kelahiranku.  Semangat yang berkobar-kobar di dada untuk menyambung pengajian ke peringkat Master terbantut apabila ibuku meninggal dunia. (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibuku). Aku pun kerja sebagai collection clerk.
Genap 6 bulan aku bekerja, aku mula mengalami demam yang berpanjangan, badan lebam, muntah-muntah, tidak lalu makan, pening dan berat bertambah. Bila aku pi klinik, aku disahkan menghidap ESRF (End Stage Renal Failure). Aku terpaksa menjalani rawatan hemodialisis buat seumur hidup. 
Aku masih ingat lagi semasa kali pertama aku bercuci. Aku cuba lari dari kenyataan dengan membaca buku. Tapi aku tersedar apabila aku mendengar ceramah Ustaz Aa Gym dari Indonesia. (Terima kasih Ustaz).  Airmata yang mengalir membuktikan betapa kerdilnya diri ini.
Alhamdulillah, keadaanku semakin stabil tetapi banyak lagi suka dan duka dalam hidupku untuk dikongsi.
Untuk itu, aku sediakan blog ini... Selamat menyelami duniaku...






Muka biasa saja tapi ramai kata terserempak dengan orang seiras aku. Yaka?

No comments:

Post a Comment