Bila aku fikir2 balik ttg hamba Allah yg menipu aku ni, dia bersumpah dgn nama Allah dia x buat. Tapi masalahnya duit tu mmg xpernah ada. Jadi bererti dia mmg menipu. Sampai sanggup bersumpah atas namaNya, bahaya jugak orang nie... Bukan boleh main2 klu sumpah atas nama Tuhan... Takutnya bila aku fikir seksaan yg dia terima kerana perbuatannya menipu. Tambah lagi pakai sumpah2 guna nama Allah... Seramnya... Aku mungkin rugi di dunia sbb kena tipu, tapi dia rugi dkt akhirat. Bayangkanlah, kerana duit yg x seberapa kita dapat api neraka. Berbaloi ka? Ya Allah, moga2 dijauhkan aku dari seksaan api nerakaMu.
Malasla cerita pasal budak tu, biarlah dia terima jak balasannya nanti. Di sini, aku mo cerita plak pasal jualan murah. Mungkin bagi sesetgh orang benda tu x bermakna, ttpi bagi kami benda tu penting. Kadang2 sampai kami sanggup berbaris panjang utk dapatkan benda tue... Contohnya, jualan murah yg berlangsung dkt Centaury sekarang ini. Tapi sebenarnya kena bijak sbb kadang2 dorang ni ckp jak murah ttpi sbenarnya mahal. Kena rajin survey harga dan pilih yg murah. Klu aku mungkin x larat la mo buat semua tue, tapi kakak dan iparku mmg lasak klu buat kerja nie. Memantau harga barangan. Mereka ni berpengalaman sbb peniaga. Barang pun kena tgok sbb kadang2 ada yg suda expired. Xkan korang sanggup beli yg murah dan gadaikan kesihatan. Begitu juga makanan dalam tin yg sudah kemek. Jgnla korang beli walaupun harga murah hatta free sekallipun. Mungkin korang masih sihat sekarang, tapi tunggu bbrpa tahun kemudian, pasti ada penyakit yg akan menyerang kamu angkara bahan kimia yg kamu makan.
Aku sebenarnya sekarang ini tgh bergelut dgn kenaikan berat badan. Ianya disebabkan oleh air yg aku minum dlm kuantiti yg byk. Aku kena drop 2 kilo klu mau badan tidak bengkak2. Risau jugak aku ni... Keadaan bertambah teruk kerana musim tidak menentu. Klu musim lembab, peluh yg keluar sedikit sahaja bererti air yg ada dlm badan masih byk. Klu musim panas, ok sikit sbb peluh byk tersejat. Aku tgh cuba utk kurangkan minum dan pengambilan makanan yg berair... Ini adalah perjuangan yg berterusan sehingga mati. Klu tersilap sekali, kena byr harga yg mahal. Kena kerja keras tuk turunkan berat. Doakan aku agar boleh.... Maryati boleh~!
No comments:
Post a Comment