Followers

Friday, 17 June 2011

Boikot Astro!!!

Ni ada satu berita terbaru, Astro mo naikkan kadar bayaran. Alamak! Astro ni sebenarnya sudah mahal, mo dikasi naik lagi, mampusla jawabnya. Aku sokong tuk boikot sbb mmg patut pun. Padan muka! Untung juta2 setiap tahun, masi mo korek duit rakyat.  Tengok jak AF, tu pun sudah berapa juta dorang kaut melalui undi sms. Ni la manusia, suda kaya mo lagi kaya.  X ingat mati ka? Ish! Ish! Ish!

MARI RAMAI2 BOIKOT ASTRO KALAU NAIKKAN KADAR BAYARAN!!!

Hari ini aku tgok cerita hindustan la pulak... Tajuknya Dil Bole Hadippa, lakonan Rani Mukherjee dan Shahid Kapoor. Aku sebenarnya bolehla dikategorikan sbg peminat Rani Mukherjee sbb hampir semua filemnya pernah aku tontoni termasuk penampilan pertamanya dalam Ghulam sebelum Kuch Kuch Hota Hai.  Rani ni mcm kameleon, bagi watak apa saja dia boleh buat walaupun saiznya yg kecil.  itula yg dikatakan kecil2 cili padi, pedas gitu~... Dalam cerita DBH nie, dia sebagai gadis yg ingin sertai perlawanan kriket ttp permainan ini hanya utk lelaki sahaja.  Jadi, untuk join masuk dia bertukar menjadi lelaki Singh.  Byk lagu2 dan babak main cinta antara hero dan heroin. Cuma aku x boleh bagi cerita ni 4 bintang. 3 bintangla... Sebabnya byk. Jln cerita yg terlalu meleret, tidak masuk akal dan byk lagi.  Seolah2 Yash Chopra sudah ketandusan idea.  Yg buat cerita ni best mungkin sbb panampilan Rani dan Shahid. Klu sekadar nak menonton utk hiburan di hujung minggu, xda masalah. Tapi lain halnya klu nak beli vcd, baik x payahla.  Tunggu jak crita ni muncul dkt TV2 atau TV3 pada hari Sabtu. Namun, itu adalah pendapat aku...

Petang tadi bapa aku masak sup tulang. Oya, satu petua utk melembutkan daging, letak panadol.  Ni suda biasa kami buat.  Kadang2, ada yg letak sudu besi.  Ada juga masukkan sedikit jus nenas. Tapi terserah korangla. Jgn jak korang masukkan plastik sudahla ya... hihihihi... Walaupun begitu, aku x bolehla makan daging tu dlm kuantiti yg byk. Aku makan sedikit jak, letak lada, perah limau, sampai mo dijilat mangkuk tu gara2 sedapnya. Mungkin juga sbb kami ni mmg jarang makan daging.  Ianya semacam satu kemewahan klu dapat makan daging. Aku x tahu klu org lain, tapi kami begitula. Kadang2 masa hari raya atau kenduri besar jak baru kami dapat makan. Bagus jugak klu mcm tu sbb makan daging merah dalam kuantiti yg byk boleh membawa mudarat.  Ingat tue...


Kepingin mo p kl, jumpa Yan dan Anna (Rakan Sekolej di Goon Institution).  Apakan daya? Duit xda, mo atur masa pun susah sbb kena fikir mo dialisis di mana.  Byk urusan klu mo p kl. Pastu susah mo dapat tempat dkt Unit Hemodialiasis HKL atau hospital yg lain. Duit pun kena byk keluarkan... InsyAllah ada rezeki aku akan sampai jugak ke sana.  Klu di sana, aku mo makan nasi lemak buatan Yan. Tak lupa jugak, air tangan Anna utk masakan ikan patin Negeri 9.  Mesti korang herankan, dalam blog ni asyik2 cerita pasal makanan. Mana xnya, itula duniaku semenjak sangkut dkt rumah jak. Nonton astro pun mesti channel masakan. Klu dapat jadik chef kan best! hmmm....

No comments:

Post a Comment