Sah aku da kena tipu! Tapi aku terima dgn redha apa yg terjadi. Mungkin salah aku jugak sbb senang percayakan orang. Tidak mengapala... Mungkin aku rugi bbrapa ringgit di dunia tapi org tu rugi teruk dkt akhirat. Oleh itu, aku nasihatkan semua agar berhati2 bila membuat urusan berkaitan dgn duit samada online mahupun offline.
Next story, kepalaku sekarang ni mcm mo pecah. Sakit yg teramat sgt sbb masa dialisis tadi keadaan dlm hdu mmg panas. Beberapa pesakit pening dan terpaksa menghentikan rawatan lebih awal. Aku bernasib baik sbb dapat bertahan tapi tanganku lenguh. Yala, terpaksa berkipas guna buku dan tangan. Klu aku x bertahan, gerenti badan bengkak sbb byk naik. Kenala bersabar... Okla semua, aku tidur dulu. Mahu kumpul tenaga utk besok sbb mo pi bandar berurusan.
No comments:
Post a Comment