Followers

Monday, 6 June 2011

Penat melayan bebudak

Sudah bebrpa hari cuti sekolah bermula.  Keluarga kami mengambil kesempatan untuk berkumpul di rumahku.  Meriah dengan anak-anak buah dan cucu.  Aku ni xla baik sangat klu dgn bebudak.  Di kalangan anak buahku, aku dikenali sebagai makcik yang garang.  Buat silap sikit, pasti kena marah x pun kena cubit.  Yang nakal sudah pernah merasa cubitan dan pukulan dari tangan ini. Prinsip aku dalam mengajar bebudak ialah melalui teladan dan jika buat salah kena tanggung kesalahan. Mungkin kerana cara ku itu, kebanyakan anak buahku tidak akan berlengah jika suaraku yang lantang berbunyi. Mungkin kerana takut ataupun hormat.

Namun dalam garangku itu mereka tahu yang aku sayangkan mereka sbb setiap kali penggal sekolah bermula, ada saja peralatan atau keperluan sekolah aku belikan mereka. Yang baik mahupun yang nakal tetap akan aku berikan benda yang sama. Tiada pilih kasih...

Dalam garang ku juga, anak buah ku tetap akan datang memelukku bila2 mereka rasa ingin disayangi. Jika aku berbaring di hadapan tv, ataupun duduk di hadapan laptop, pasti ada yang datang. Itulah hidupku sebagai makcik yang garang. X lupa juga status nenek yang aku pegang...

Oya, bagi yang ingin membuat kebajikan, korang boleh membeli sambil beramal.  Maklumat lanjut, korang boleh pegi ke My Other Blog iaitu Perniagaan Kecempreng. 

No comments:

Post a Comment