Satu hari lembab jak suasana dan hujan turun dengan lebatnya semasa aku menaip catatan ini. Beberapa minit sebelum pukul 9 malam. Sedapnya klu tidur masa ni, sejuk2 pakai selimut. Gerenti x terbangun sampai besok pagi. Tapi kami sekeluarga x boleh ambil mudah klu hujan lebat sbb di kawasn ni mudah banjir. Dalam tahun ni saja da berapa kali kena. Kesian kakak aku dan keluarga dia yg tinggal di tingkat bawah. Kena selalu bersihkan rumah dan perabot byk yg rosak. Itulah hujan, bersamanya datang rahmat juga sumpahan kerana kita selalu merosakkan alam.
Hari ini aku menonton filem Hindi bertajuk Guzarish, lakonan mantap Hrithik Roshan dan Aishwarya Rai Bachan. Penceritaan yg tersusun, plot-plot yg menarik, sinematografi dan suasana Goa yang breathtaking, kata org putih la. Ceritanya mengenai seorang ahli silap mata yg tercedera semasa membuat persembahan dan lumpuh seluruh badan. Orangnya kuat semangat dan aktif walaupun tidak mampu menggerakkan anggota tubuh. Dia mempunyai seorang nurse yg telah membantunya mengharungi hidup sedemikian selama 12 tahun. Dia membuat semua orang terkejut apabila memfailkan petition utk Euthanasia. Mercy killing atau senang cerita bunuh diri. Byk persoalan yg timbul dan apakah dia dapat apa yg dihajatinya? Korang kenala tgok. Ni aku bagi korang link utk download. Klik jak gambar di bawah....
No comments:
Post a Comment