Hari yg cukup memenatkan buat aku... Pukul 11 da turun bandar, singgah dekat Chan Furniture(M), jumpa kawan lama. Tempat suda lawa. Geng collectors da ada bilik sendiri siap pakai uniform. Dahsyat... Bagusla tu, peningkatan dalam suasana kerja. InsyAllah akan meningkatkan mutu kerja jugak. Cucu aku Atiqah Batrisyia pun ikut skali. Kesian aku tgok dia tinggal umah jak beberapa hari. Yala, budak ni 'penjalan' tapi kerana abahnya mengajar dkt Jerocho, aktivitinya terbantut. Dekat rumah plak dia xda kawan mo main sbb anak buah aku yg lain semua p sekolah. Nasib baik dia x nakal. Bagi makan keropok dan sekotak air laici sambil duduk dkt sofa empuk Chan, dia ok jak. Da abis makan dia duduk plak dkt kaunter, mewarna. Sementara tu, aku sibuk berjalan ke kedai berhampiran chan. Ambil peluang sbb aku jarang pegi area nie tuk beli barang. Cucu aku tadi ku tinggalkan dkt kedai perabot. Jgn risau, anak buah aku keja dkt situ. Tambahan yg lain tu ok jak melayan bebudak.
Pukul 1 tengahari, balik rumah. Anak buah yg hantar, klu x ada penat jugak aku membawa c Ika. Makan makanan masakan kakak aku, rehat dpn tv sambil tgok cerita drama Indon. Amanah Dalam Cinta klu x silap aku. Aku jarang tgok cerita Indon ni sbb klu org miskin selalu jak kena hina pastu x pandai melawan. Dipijak2 mcm sampah pun masih x buat apapa. Bikin geram. Mo jak aku laungkan sama semua penerbit dan pengarah drama Indon, tukar taktikla. Masuk pukul 3 ptg, cerita Marimar la pulak. Cerita yg diadaptasi dari cerita Greek. Best jugak tapi klu suda slalu ketinggalan episod, malas jugak mo nonton. Kadang2 dgr jak klu orang cerita. Tapi aku suda tahu jln ceritanya sbb da pernah tgok dkt youtube. Sikit2la... Yg aku x suka plak pasal kebanyakan cerita pilipin ni, asyik2 cerita pasal anak haram. Mcm bagi dorang tu, institusi perkahwinan tu xda maknanya suda. Klu bukan anak haram si itu bercinta dgn anak si ini atau sebaliknya. Hmm... Tandus idea suda barangkali...
Setengah jln tgok cerita Marimar, aku pun berangkat ke Pasti Kuhara. Cucu aku ikut lagik. Xpala, bukan slalu. Aku hantarkan kawan aku c Hasni tasbih digital tue. Aku suda cerita ka pasal ada org beli tasbih aku 70 unit tapi suruh sedekahkan jak? Hmmm.... Tasbih tu la yg aku hantarkan. Kejap jak. Aku da lama x jumpa kawan aku nie. Dia sibuk jadik Cikgu Pasti. Dia akan tolong aku edarkan tasbih tu. Jasamu akan dikenang wahai sahabatku. Setelah dari sana, kami p bandara plak. Singgah dkt maybank pastu dkt Leno. Lawa kedai Leno, rasa seronok plak pegi sana. Rasa homely... Sikit2 ckp org putih...
Masuk jak dalam kereta, cucu aku minta plak mo makan di W & L. Satu restoran dkt fajar. Aduh! Mampus aku. Aku tgh sengkek, duit kebajikan dah sbulan gantung. Terpaksa la aku pujuk supaya dia lupakan niatnya itu. Terus bergerak ke Rombengan Jalan Damai. Di sana, aku tolong ipar aku kemas rombengan atau klu di semenanjung dorang panggil bundle ataupun pakaian 2nd hand. Berpeluh aku jadiknya, mcm dari jogging. 5 lebih baru aku sampai dkt umah. Penat dan panas...
Dek kerana masa2 mcm tue aku da dijadualkan utk menidurkan cucuku yg baru sebulan lebih, terpaksa buat jugak walaupun mengantuk. Aku dodoikan dia dkt pangkuan. X sedar aku pun tidur sekali dgn cucuku ada di pangkuan. Lama jugak aku tidur, bangun jak aku terus suruh kakak aku yg gantikan tempat aku. Xtahan, mata sudah berat. Masuk ke bilik mo tidur, tapi suda mo maghrib. Cancel, mandi dan solat. Sampai skarang nie, pukul 11 malam aku belom tidur lagi. Kena buat new post duluk baru bole tidur tapi takut x dapat buat sbb line asyik disconnect. Kejap lagi mo bobok, penat tahap gaban. Gaban pun x penat mcm nie... hihihi...
No comments:
Post a Comment