Aku ada bgtau dalam post aku semalam yg aku mo komen pasal cerita The Librarian ttp aku x jadi nontonla... Ntah knapa tgn aku gatal utk buka drama Jepun Hana Yori Dango 2. Hihihi... Melekat sampai x sedar pukul 2 pagi. Bangun jak pagi tadi terus sambung. Sehari suntuk aku duduk depan laptop, habiskan 11 episod. Lama tu tp xdalah aku nonton straight mcm tu. Adalah jugak berenti seketika utk mandi, buat kerja2 rumah, memasak sambil benda tu download. Senang sikit nak tgok, xdala sangkut2. Puas hati la tgok crita tue walaupun hero x sehensem versi korea ttpi ttp punya tarikan melalui ekspresi wajah dan bahasa tubuh. Buat dia lagi comel dari Lee Min Ho. Cuma kadang2 aku heran budaya Jepun nie, lelaki dia mcm pompuan. Cukur kening, pakai mekap tebal2 dan jaga penampilan. Rasanya dorang yg mulakan trend metrosexual, dimana lelaki pun ingin kelihatan slick and stylish mcm pompuan. Jgn sampai bertukar alam sudala... Dkt Malaysia pun trend ni da berkembang sampai kadang2 aku da x boleh bezakan maknyah dgn lelaki metro. Dunia o dunia...
Malam ni mmg sejuk sbb aku terpaksa pakai sweater tebal yg aku beli masa d New York... Hmmm... Bila jak aku pakai swearter ni, aku terkenangkan masa kami pegi buat study trip dkt US. Walaupun cuma 20 hari, aku bersyukur dpt jejakkan kaki ke sana. Yela, org bagi duit, kita pakai jakla tuk pigi. Apa susah... Masa pemilihan pelajar, aku yg diberi tanggungjawab utk memilih. Ramai yg persoalkan pemilihanku sbb aku pilih student yg kurang menonjol. Maksud aku student yg nama mereka jarang atau langsung tidak pernah tersenarai dalam senarai aktiviti yg besar. Walaupun ada beberapa org yg berpangkat atasan Kelab2 tertentu, sebahagian mereka masih kurang diberi perhatian.
Dua sebab utama aku memilih mereka yg rata2 dari Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (EPDEC). 1, aku mau budak2 kursus aku dapat pendedahan yg lebih kerana Kelab kami digunakan sbg platform projek. Aku kenala tolong geng sendiri. Bukan bererti aku kroni, ttp kerana Kelab kami dipandang rendah oleh sesetgh pihak atasan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Aku mau ini dijadikan contoh utk budak2 junior bhw x semestinya nama kamu famous baru dapat join aktiviti.
Kedua ialah semangat mereka. Klu aku kasi masuk yg semua rasa diri dorang besar, projek ni xkan jadik. Sbb sudahla kelab kami selalu diperkecil2kan, aku apatah lagi. Tu sbb aku malas join mesyuarat Ketua2 Kelab. Aku lebih suka bekerja underground. Mcm mafiala pulak... hihihi... Tanyala yg kenal aku, muka ni xkan muncul masa big2 guys ada. Paling ketara masa ambil gambar ketua2 kelab. Aku jak yg missing in action. Reason ada appointment dgn doktor. Mmg sebenarnya aku ada appointment, tp sbelah pagi... hihihi... Bohong sunatla katakan... Malas mo mengampu...
Alhamdulillah, pemilihan yg aku buat tidak salah. Walaupun ada yg berikan aku sedikit masalah di sana, tapi semuanya ttp berjalan lancar. Teruk juga aku kena masa hari kedua kami di sana. Kena marah oleh dr Hasanal sbb buat kami semua sesat. x dapat cari restoran Malaysia dkt Redondo Beach. Melelah airmata ni sbb dimarah mcm budak kecil. Tapi sekali aku buat silap, aku xkan ulangi lagi. Aku bangkit dan buktikan bahawa anak Bugis ini boleh menjadi pemimpin. Tidak dinafikan, byk jugak kesilapan kecil yg aku buat, ttp semua dapat aku selesaikan dgn segera dgn bantuan krew yg setia. Alamak! Panjang pulak celoteh aku pasal trip pg US. Aku sambung d lain hari la... Adios...
Ni la gambar yang diambil pada hari kedua kami di sana, hari dimana kami sesat dan aku menangis... huhuhu... Kenangan sedih tetapi best! Aku byk kutip pengalaman dan pengetahun mngenai sistem pengangkutan mereka. Next time pegi sana, insyAllah x sesat. Kalau ada rezeki la...
No comments:
Post a Comment