Aku baru jak onkan broadband selepas 24 jam off... Seronok rasanya dapat online lagi, jumpa kawan dan buat new post dkt blog. Sambil2 tu sibuk buat blog baru tuk bisnes prepaid. Ni yg mo promosi sikit di sini. Kalau korang mmg jenis yg kuat pakai reload, bagus korang join. Bole jimat sikit sbb dapat save duit. Kalau yg mo jual pun bole, percent tinggi jadi dapat untung lebih sikit. Apalagi klu korang tinggal dkt pedalaman, boleh jual yg RM5 pada harga RM5.50 atau RM6. Untung manyak wooo... Bagi student, inilah masanya carik duit poket bila PTPTN dah habis. Yuran penyertaan pun xdala mahal sangat. Anyway, korang bole bandingkan dgn yg lain samada dari segi percent, servis dll. Ianya satu persaingan yg sihat pada hematku. Maklumat lanjut, korang klik jak Kecempreng Reload.
Pada masa aku menulis post ni, aku tgh dengar lagu dendangan Leann Rimes bertajuk Remember. Bait2 katanya mmg best. Mcm kena dgn batang hidung aku sendiri... Hihihi... Teringat kenangan dedulu... Aku nak jugak letak dkt sini tapi aku x punya video klip lagu tue... Jadik, pepandai la korang carik dkt 4shared, youtube atau mana2 jak.
Oya, hari ni kakak aku baru balik dari menjual di estet2 Lahad Datu. Lama jugak dorang pegi sana, hampir 10 hari dan mereka lakukan ini setiap bulan pada musim gajian (Pekerja estet menerima gaji). Aku pun tumpang skaki minta tlg kakakku jualkan kad topup di sana. Alhamdulillah, adalah duit lebih utk belanja dan sekarang aku tgh kumpul duit utk keperluan raya nanti. Aku pun mcm orang lain jugak, nak enjoy raya sbb kita x tau samada kita sempat lagi utk merayakan yg akan datang. X sabar rasanya menunggu bulan puasa walaupun sebenarnya aku x mampu. Puasa lepas aku cuma dapat puasa selama 4 hari. Yang lain setakat setengah hari, aku teman anak buah aku yg baru belajar puasa. Bukan apa, aku mmg x larat. Bila da tengahari, tgn aku akan menggigil dan kekadang nafas aku semput. mau x mau terpaksa la berbuka. Mudah2an puasa ni aku dapat la puasa walaupun x penuh. InsyAllah....
No comments:
Post a Comment