Followers

Thursday, 16 June 2011

Siapa yg kuat makan pisang goreng, tlg baca...

Tadi kami berborak masa dialisis ttg makanan. Dan kami menyentuh perihal pisang goreng.  Ramai yg suda tahu rupanya yg rata2 penjual pisang goreng memasukkan bahan plastik seperti plastik minyak masak itu sendiri, straw minuman dan yg lebih dahsyat lagi botol mineral ke dalam minyak yg digunakan utk menggoreng. ISh~! Bahaya tue... Tujuan mereka ialah spy pisang goreng kekal ranggup walaupun sejuk. Jadi utk mereka yg hantu pisang goreng, perhatikan betul2. Plastik yg cair itu boleh terkumpul di dalam badan dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.  Mungkin ianya tidak terjadi secara terus ttp perlahan2. Pembunuh dalam diam... Seramnya nama tue... jadi, hati2...

Semalam dan hari ini aku tgok cerita Jepun Nobuta Wo Produce... Best, kisah pelajar sekolah menengah yg mencari maksud persahabatan dan jati diri... Terkenang aku masa tingkatan 1 dkt SMK Tawau.  Aku selalu terpencil sbb masa tu aku leka dgn duniaku. Aku cuma mempunyai bbrp org kwn yg dkt dgnku.  Aku sebenarnya tidak sanggup belajar di kelas tue kerana semua pandai2 dan mrk memandang setiap yg ada sbg pesaing dan bukannya sbg seseorang yg boleh dijadikan sahabat. Aku terpinggir. Guru2 juga bersikap sedemikian, mungkin kerana harapan atau standard yg mereka letakkan cukup tinggi kepada kami, sekumpulan pelajar terbaik. Aku mula langgar peraturan, lambat dtg ke sekolah dan mcm2 lagi sbb aku mmg xnak blajar di kelas yg sama.  Tapi tiada siapa yg paham tekanan yg aku alami.  Masuk tahun ke-2, tekanan memuncak apabila sekumpulan pelajar cari pasal dgn aku. Terus saja aku x datang sekolah 2 bulan.  Bapa aku ambil keputusan pindahkan aku ke SMK Kunak.

Di situ, aku punya byk kawan dan di situ juga aku sedar bahawa dunia ini luas.  Hari2ku diwarnai dgn byk peristiwa menarik.  Suasana pembelajaran amat sesuai utkku krn tekanan utk menjadi yg terbaik seakan2 ilang. Aku hanya perlu menjadi diriku.  Mereka menerima diri ini apa adanya.  Mungkin keadaan sedemikian berlaku kerana rata2 mereka dtg dari keluarga yg sederhana di mana ibubapa mereka bekerja di ladang2 kelapa sawit. Terima kasih kepada mereka, aku berjaya keluar dari kepompongku....  Keputusan PMRku melayakkan aku ke Sekolah Berasrama Penuh di KK.  Tetapi ku tolak kerana aku tidak mau lagi menghadapi situasi yg sama. Mungkin klu skarang aku akan diberi gelaran freak, weirdos ataupun si pelik di sekolah.

Oleh itu, klu kamu punya adik atau ahli keluarga yg bermasalah, dekati mereka, tanya mereka. Mungkin mereka rasa tertekan sbb perlu jadi pelajar terbaik.  Biar mereka menjadi diri mereka ttpi bila mereka lalai kita kena ingatkan.


1 comment:

  1. betul ke pasal pisang goreng tu?
    cam tak logik je guna plastik nak bagi pisang tu jadi rangup

    ReplyDelete