Followers

Tuesday, 14 June 2011

Peningla....

Hari ini, pertama kali aku menjejakkan kakiku ke kafe di taman hospital. Taman yang memberikan aku ilham untuk menghasilkan novelku yg pertama yg masih lagi dalam proses pembikinan. Tempatnya menyamankan dan kewujudan kafe itu sgt strategik.  Namun aku harap ketenangan di situ tidak diganggu.  Pasal kafe tu pulak, makanannya agak mahal.  Satu tarikan yg ia punya ialah korang boleh order ice blended. Minuman yg aku order siang tadi ialah lychee ice blended with pearl.  Namapun orang putih. Klu translate p melayu jadiknya laici ais kisar dgn mutiara...  Haha... Ada yg diketawakan klu ckp mcm tu masa order.... 

Lepas aku buat new post nie aku nak tgok cerita the Librarian... Mcm x berapa best, cam rugi jak aku donlod kasi abis GB. Anywhere, don't judge a book by its cover... Esokla aku komen pasal cerita nie. Sedap x sedap, kena tgok dulu. Samada kurang garam, ajinomoto, gula ataupun salah resepi. Hihihi...

Ketka Cinta Bertasbih baru jak abis ditayangkan di tv al-Hijrah... Best jugak ceritanya walaupun kena hentam hebat semasa pertama keluar kerana asyik dibandingkan dgn Ayat-ayat Cinta. Walaupun tajuk cinta cinta, tapi jalan cerita tidak sama. Sejujurnya, aku lebih suka KCB berbanding AAC sbbnya lebih byk cerita di dlm KCB.  Daripada cerita2 itu, ada pengajarannya dan pelakon2nya lebih sesuai memegang watak orang2 alim berbanding AAC.  Itu pendapat akulah.  X sabar mo tgok KCB 2 minggu hadapan di tv Al-Hijrah jugak pukul 8.30 malam. Ayuh, kita nonton bersama...

Sekarang, mari plak aku bercerita ttg seorang pakcik yg juga seorang pesakit hemodialisis. Sama mcm aku... Pakcik ni suda tua, anak2 suda besar, suda ada cucu tapi satu perangainya yg kami tidak tahan ialah dia kuat menggatal.  Miang! Staff nurse yg bertugas boleh dikatakan semuanya da pernah kena raba oleh dia, pastu selamba badak jak memegang dan menyentuh. Ada seorang kakak cleaner tu siap kena peluk dari arah belakang.  Menangisla, apalagi... Ish! Ish! Ketua unit da warning pun masi dia buat lagi.  Dgn aku plak dia pernah ajak kawin... Kawin tue, x tahan aku. Terus jak aku bulatkan mata dan pandang dia sambil berkata dengan penuh ayunya ' Pakcik tu mcm bapak aku, jgn sampai aku ilang hormat sama pakcik'.  Selepas itu, dia mmg x berani la mo buat mcm2 sama aku. Padan muka!

No comments:

Post a Comment